Saturday, February 22, 2014

Jantung & Keperluan COQ10



APA ITU COQ
Coenzyme Q10 (CoQ10)  adalah antioxidant yang terhasil secara semula jadi dalam tubuh kita. CoQ10 diperlukan untuk fungsi asal sel.
Dikatakan  CoQ10 levels akan berkurangan dari dalam badan kita sejajar dengan penuaan, dan mungkin lebih rendah bagi mereka yang dignose dengan cancer,  certain genetic disorders, diabetes, heart conditions, HIV/AIDS, muscular dystrophies, dan Parkinson's disease. sesetengah preskripsi ubat juga boleh menyebabkan COQ10 level berkurang.
http://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/coenzyme-q10

BOLEH TAK COQ10 DITAMBAH MELALUI MAKANAN
bolehhhhhh...tengok chart dibawah ni yang menunjukan jumlah diet yang kita perlukan bagi menampung penghasilan COQ10
tapi melalui makanan seharian jumlah yang boleh kita dapatkan tidak melebihi 10mg sehari. Berdasarkan satu kajian, tubuh dapat menghasilkan COQ10 pada tahap maksimum pada usia 20 tahun dan akan menurun 20 tahun berikutnya. Berdasarkan kajian juga, pada usia kita 40 tahun, penghasilan COQ10 hanya dapat mencapai 68% berbanding penghasilan pada usia 20 tahun. 

jadi boleh bayang kan laa kan kalau pada usia 50, 60 dan seterusnya kalau umur panjang...


APA PENTINGNYA COQ NI YE??
COQ10 penting dalam membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. COQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/ normal.
Selain itu COQ10 juga bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masaalah lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung.


KELEBIHAN DAN FUNGSI COQ10
1. Mengatasi keletihan/ kelesuan seterusnya meningkatkan stamina dan prestasi

2. Merawat dan megelakkan migrain 
  keberkesanan ditulis dalam beberapa penerbitan dan terdapat juga kajian tentang faedah Q10 dijalankan oleh Clinical Biochemistry Unit, New Zealand

http://www.healthcentral.com/migraine/medications-254448-5.html

3. Perbaiki kualiti sperma lelaki
dengan meningkatkan bilangan sperma dan pergerakan aktif melalui tindakan pembekal tenaga kepada sperma dan anti oksidan
- kajian yang dijalankan oleh Ancona University menunjukkan peningkatan 13.6% kehamilan bagi yang mengambil Q10


4. Masalah pendengaran, sensorineural deafness
- masalah saraf dalam telinga tengah teruatama ketika mengandung selalunya bersifat sementara
- untuk peringkat awal, saintis mencadangkan pengambilan Q10 bersama vitamin E 


5. Penyembuhan saraf 'neurapraxia'
- pengambilan bersama CoQ10 dan vitamin B complex 
- namun demikian,punca sebenar neurapraxia amat penting untuk diketahui, antara sebab2 nya:
# hormon yang tidak seimbang selepas bersalin
# penyakit krnonik seperti kencing manis
# Tekanan fizikal seperti duduk atau berdiri terlalu lama


6. Merendahkan tekanan darah tinggi seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung
- dibuktikan melalui ujian klinikal,terdapat penurunan tekanan yang ketara


7.Bagi pesakit yang menggunakan statin bagi merawat kolesterol tinggi
- pengambilan Q10 mengelakkan berlakunya penurunan paras coenzyme dalam darah
-seterusnya mengelakkan kelesuan dan masalah jantung


8. Mengekalkan KESIHATAN JANTUNG
- banyak disokong oleh kajian klinikal
- melindungi arteri dari LDL yang teroksida
- turut dibuktikan dengan penemuan pesakit jantung yang mengalami tahap kepekatan CoQ10 yang rendah ( Journal American College of Cardiology)
- malah diluluskan dalam rawatan masalah jantung di Jepun 



PERBEZAAN COQ HEALTH PLUS SHAKLEE
  • untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, seseorang individu perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)



  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya
  • tanpa gluten


saya sebenarnya melihat perkongsian / ilmu yang dikutip ini adalah untuk diri saya, sebab ibu saya sendiri disahkan menghidapi penyakit jantung. Susah hati setiap kali pulang ke kampung dan beliau bersusah payah menyediakan makanan sedap-sedap untuk anak cucu..sementelah beliau sendiri memang jenis suka memasakk dan mmg pandai punn (hihihi...dan lagi puji mak sendiri yerr).

Tapi dengar desah nafas dia tu memang buat saya cukup susah hati. Yang boleh dibekalkan adalah COQ10..semoga beliau terus diberi kesihatan yang berpanjangan untuk beribadah kepada Nya...


Untuk mencuba product ini bolehlah hubungi saya 


DISCLAIMER : Statements contained in this website have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products or testimonials are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Credit to :
www.Rahsiavitamin.com
www.manjaku-littleqaleya.blogspot.com
www.mommyiskandar.com


No comments:

Post a Comment